top of page

KEADILAN bakal menang PRU-15?


KEADILAN mungkin dilihat sebagai parti paling goyah ketika ini apabila menyaksikan beberapa pemimpin dan ahli keluar parti sama ada secara sukarela, digantung atau dipecat serta-merta yang berpunca daripada Langkah Sheraton.


Namun, percaya atau tidak, KEADILAN dijangka membuat kejutan apabila parti berbilang kaum itu akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15.


Perkara ini boleh dibuktikan dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat menerusi carta undian yang dihoskan oleh sebuah akaun Twitter bernama ProgressMy yang dipercayai penyokong kepada Perikatan Nasional (PN).


Dengan sebanyak 3,390 jumlah undi, KEADILAN mendahului dengan 51 peratus, jauh meninggalkan PN dengan 24.9 peratus dan diikuti dengan PH Plus dengan hanya 24.1 peratus.


Bagaimanapun, carta undian itu ditempelak oleh Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad yang menganggap ia sebagai satu cubaan untuk memecah belahkan persahabatan antara KEADILAN, DAP dan Amanah.


Malah, Khalid menegaskan hubungan rakan-rakan PH masih berada dalam keadaan yang kukuh dan sejahtera.


"Kita masih bersama. Saya sendiri turut serta mesyuarat Majlis Setiausaha PH bersama Dr Hatta Ramli," katanya kepada Suara Keadilan.


Carta undian itu sudah tentu tidak boleh dipercayai seratus peratus, tetapi jika sokongan terhadap KEADILAN benar-benar tinggi, tidak mustahil gandingan antara KEADILAN, DAP dan Amanah akan mencipta kemenangan sekali lagi pada PRU-15, sekaligus membentuk kerajaan PH dan mengembalikan mandat rakyat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page