top of page

KEADILAN bakal cabar BN, PN di Mersing



Pengundi Parlimen Mersing, Johor tidak perlu terlalu terpengaruh dengan perebutan kerusi P154 antara Umno dan Bersatu kerana KEADILAN akan meletak calon yang berwibawa sekiranya berlaku pilihan raya umum (PRU) mengejut pada tahun ini.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Mersing, Khairil Adanan (gambar, kiri), pengundi tidak harus terikat dengan calon Umno atau Bersatu. Sebaliknya KEADILAN menawarkan muka baharu yang lebih berkredibiliti berbanding wakil rakyat Bersatu, Datuk Dr Latiff Ahmad yang kini diserang dari segenap penjuru oleh parti lamanya ekoran keceluparan mendakwa 'Umno tidak laku di Sabah'.


"Kepada penduduk dan pengundi Mersing, Umno dan Bersatu bukanlah segala-galanya. Masih terdapat alternatif lain (untuk diangkat sebagai wakil rakyat).


"KEADILAN Mersing akan meletakkan calon sekiranya berlaku pembubaran parlimen dalam masa terdekat. KEADILAN akan meletakkan calon muda yang juga anak tempatan. Pengundi Mersing berhak mendapat pemimpin segar yang baru, bukan parti dan pemimpin yang sudah diberikan peluang 6 penggal tetapi tidak mampu membawa Mersing keluar dari status daerah termundur di Johor.


"Parlimen Mersing sentiasa berada di sebelah pihak kerajaan sepanjang 14 PRU lalu. Walaupun berlaku episod Langkah Sheraton pada hujung Februari, Mersing masih berada dalam pihak kerajaan. Namun tidak ada sebab untuk rakyat Mersing dinafikan hak pembangunan dan hak kemakmuran ekonomi melainkan parti dan pimpinan yang dipilih sebelum ini semenangnya gagal membawa suara rakyat Mersing," katanya dalam satu kenyataan di Facebook

Menurut Khairil lagi, pengundi Mersing harus memilih pemimpin yang bertekad untuk menjaga kebajikan rakyat berbanding yang hanya pandai berpolitik dan melompat untuk meneruskan hayat kekuasaan.


Katanya, tiba masa untuk rakyat memberi mandat kepada KEADILAN yang berjuang selama dua dekad menyempurnakan agenda reformasi di tanah air.


"KEADILAN wajar menjadi wadah baru untuk rakyat dan pengundi Mersing setelah berkali-kali memberikan kepercayaan kepada parti dan pemimpin yang salah.


"KEADILAN bukan parti baru tetapi telah berusia 21 Tahun yang faham dengan masalah kesenjangan ekonomi, kemiskinan luar bandar, menghormati sistem Raja Berperlembagaan, mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, memperkukuhkan demokrasi berparlimen serta menegakkan kedaulatan undang-undang dan paling penting KEADILAN teguh mendokong Islam sebagai agama Persekutuan selari dengan perkara 3(1) perlembagaan persekutuan," katanya lagi.


Nama Parlimen Mersing terkenal sejak seminggu ini apabila Ahli Parlimennya diserang oleh berbelas-belas kenyataan pimpinan Umno. Terbaharu Presiden Umno, Zahid Hamidi menegaskan Umno akan meletakkan calon di Mersing. Sebelum itu, bekas Perdana Menteri Najib Razak juga menyeru agar keceluparan Dr Latif dihukum.


Mersing mungkin menjadi bantu tanda goyangnya kerjasama Perikatan Nasional apabila Umno enggan memberi peluang kepada Ahli Parlimen Bersatu mempertahankan kerusi. 'Gelombang Mersing' juga mungkin melanda kesemua lebih 20 kerusi Bersatu yang dianggotai bekas-bekas Ahli Parlimen Umno yang melompat.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page