top of page

KEADILAN bakal bertanding lebih 21 kerusi DUN Kedah


KEADILAN sudah merancang untuk bertanding sekurang-kurangnya 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.


Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Nasrul Omar Che Mansor berkata ia sebagai persediaan sekiranya berlaku Pilihan Raya Umum Ke-15 secara mengejut.


"Kita dalam proses akhir untuk tetapkan semua calon di kawasan DUN Kedah Utara, Tengah dan Selatan.


"Justeru KEADILAN akan bertanding tidak kurang dari 21 kerusi DUN, termasuk semua kerusi yang diambil oleh Bersatu," katanya dalam sesi perjumpaan bersama Iswardy Morni yang disiarkan secara langsung di Facebook akaun miliknya.


Nasrul yang juga merupakan Ketua KEADILAN Cabang Kubang Pasu turut mengesahkan bahawa KEADILAN akan bertanding di Parlimen Kubang Pasu, Jerlun dan Langkawi.


Secara keseluruhan, Kedah mempunyai sebanyak 36 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen.


Ini bermakna, KEADILAN akan bertanding di empat kerusi Bersatu iaitu Ayer Hangat, Kuah, Bukit Kayu Hitam dan Guar Chempedak selain akan turut bertanding di DUN Sidam dan Lunas.


KEADILAN ketika ini mempunyai lima kerusi diikuti Amanah dengan empat kerusi dan DAP dengan dua kerusi menjadikan jumlah keseluruhan yang diwakili Pakatan Harapan (PH) ialah 11 kerusi.


Namun PH bukan sahaja perlu memenangi enam kerusi milik Bersatu dan kerusi Bebas, malah perlu merampas kerusi dari PAS.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page