KEADILAN Ranting Ayer Manis menyambut seruan masyarakat sekeliling yang memerlukan bantuan pada musim pandemik Covid 19 dengan menyediakan Food Bank.
Menurut aktivis KEADILAN, Hamim Marjunit, Food Bank tersebut menyumbang makanan kepada penduduk di Kampung Ayer Manis, Air Bemban dan sekitarnya.
"Mulanya pengumpulan makanan dari para anggota KEADILAN Ranting Kg Ayer Manis kepada 10 buah keluarga yang terjejas.
"Apabila mendapat sambutan para penyumbang yang amat menggalakkan, fokus pada mulanya terarah untuk bantu penduduk kampung kini diperluaskan kepada kampung-kampung lain berdekatan.
"Kami seramai 15 orang siap siaga bergerak membantu mereka yang terjejas" kata Hamim yang bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan di antara 'orang lama' KEADILAN Cabang Kulai, Johor.
Menurut Hamim, pihak yang ingin menyumbang boleh menghubungi talian 0137230706 (Amim), 0167280025 (Salleh) dan 010 8272264 (Abang Din).
Comentarios