top of page

KEADILAN anjur Kongres Nasional Tahunan 20 Jun ini

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jun 16, 2021
1 min read

KEADILAN akan menganjurkan Kongres Nasional Tahunan yang ditangguh sebelum ini pada 20 Jun 2021, bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 2.00 petang.


Hal itu dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Pengelola, Nik Nazmi Nik Ahmad, merangkap Pengarah Kongres KEADILAN.


"Pelaksanaan Kongres ini secara dalam talian sepenuhnya tanpa melibatkan aktiviti berkumpul secara fizikal, di mana 2,000 perwakilan akan sertai menerusi aplikasi Zoom dari rumah masing-masing.


"KEADILAN mengambil keputusan ini selepas merujuk kenyataan media Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 9 Jun 2021 bertajuk Pelaksanaan Mesyuarat Agung Pertubuhan Berdaftar Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


"Dalam surat dari JPPM kepada KEADILAN pada 21 Mei 2021, KEADILAN diberi masa sehingga 30 Jun 2021 untuk melaksanakan Kongres KEADILAN," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Nik Nazmi, selain perwakilan yang menyertai Kongres KEADILAN menerusi Zoom, parti juga ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk mengikuti perjalanan Kongres ini menerusi siaran langsung di Facebook parti.


Katanya, Kongres KEADILAN kali ini akan fokus mengenai isu ekonomi, kesihatan dan pemulihan demokrasi di Malaysia.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page