top of page

KEADILAN angkat semua kaum, bukan dengan ketakutan, propaganda



Oleh: Helmi Mohd Foad


Seluruh anggota KEADILAN tidak perlu rasa gelisah dan berduka apabila terdapat pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap mereka seperti tidak cukup Melayu atau liberal.


Naib Presidennya Datuk Seri Amirudin Shari berkata pendekatan kerajaan sekarang mahu mengangkat kedudukan rakyat termasuk orang Melayu bukan dengan ketakutan dan propaganda.


"Kita berdepan cabaran kebudayaan, dulu ada orang pertikaikan ini bukan culture war (sebaliknya) ini hanya luahan tidak puas hati tentang kedudukan ekonomi.


"Itu realiti yang kita hadapi dengan politik asingkan kita parti pelbagai kaum dengan tuduhan melulu. Istilah liberal, tidak Melayu itu yang diulang termasuk kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin kata Melayu telah hilang kuasa, itulah yang diulang kerana bagi mereka ingin jadi alas atau andalan supaya dapat perhatian majoriti dalam negara kita," katanya ketika menggulung perbahasan pada Kongres Nasional KEADILAN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya hari ini.


Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata cabaran sekarang adalah menerangkan bahawa kerajaan mahu menjulang Melayu bukan dengan ketakutan tetapi mengangkat semua kaum dengan pencerahan berfikir, rasional dan ilmu pengetahuan.


Beliau berkata pihaknya percaya proses reformasi yang dibawa oleh KEADILAN selama ini akan terus menjadi 'api dan cahaya' jika seluruh anggota parti terus berpegang kepada dasar-dasar seperti tatakelola yang baik dan melawan rasuah.


"Tunjukkan kita konsisten dalam bawa obor semangat perjuangan, kalau didukung, difahami dan dihayati dengan penuh cekal oleh pimpinan di peringkat akar umbi, kita bukan hanya boleh bertahan dua tiga penggal, saya percaya dengan idea dan dengan semangat reformasi yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita mampu bertahan 100 tahun lagi," katanya.


Jelas beliau perjuangan yang benar akan sampai ke destinasinya jika anggota parti tidak mengalah, berundur atau khianat.


"Sebab itu bila kita hurai cabaran terkini, kita rasa patut gembira dan bersyukur kerana idea-idea dasar berkenaan tatakelola negara, pentadbiran amanah, telus dan lawan rasuah sekarang semua parti ulang-ulang benda yang sama kadang-kadang mereka lakukannya," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page