KEADILAN Ampang, NGO Kita Budak Ampang bantu 20 keluarga di Lembah Jaya


Sebanyak 20 keluarga yang berada dalam golongan asnaf di DUN Lembah Jaya menerima sumbangan daripada NGO Kita Budak Ampang dengan kerjasama KEADILAN Cabang Ampang.


Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada Program Sentuhan Kasih yang dipelopori oleh Datuk Hans Isaac selaku wakil NGO Kita Budak Ampang

Hans berkata, bantuan tersebut untuk meringankan mereka yang berada dalam kesusahan sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.


"Kita akan kenal pasti keluarga yang benar-benar memerlukan bantuan di kawasan Ampang.


"Biasanya ada yang beri sumbangan sekejap sahaja, tetapi kita mahu konsisten dan kalau boleh mahu memberi bantuan sekurang-kurangnya sekali setiap minggu.


"Harap-harap sedikit sebanyak kita dapat membantu mereka untuk teruskan hidup," katanya.


Sumbangan yang diberikan terdiri daripada keperluan asas seperti beras, minyak masak dan telur, malah topeng muka juga disumbangkan.


Program Sentuhan Kasih itu meliputi seluruh kawasan Ampang, terutamanya di Bukit Antarabangsa dan Lembah Jaya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER