top of page

KEADILAN Ampang alu alukan penyertaan semua pihak perjuangkan reformasi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 2 min read
ree

KEADILAN Ampang berpegang kepada prinsip keterbukaan dan perpaduan dalam melaksanakan agenda perjuangan reformasi demi rakyat.


Sehubungan itu, menurut Ketua Cabang KEADILAN Ampang, Syed Ahmad Abdul Rahman Al Hadad (gambar), beliau mengalu-alukan mana-mana individu, tanpa mengira latar belakang untuk bersama sama dalam parti KEADILAN cabang berkenaan, dalam usaha membina Malaysia yang lebih adil, makmur dan progresif.


"Cabang Ampang percaya bahawa kekuatan parti terletak pada kepelbagaian idea, tenaga, dan komitmen ahli-ahli yang bernaung di bawah kepimpinan berteraskan prinsip," kata Syed Ahmad dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata demikian mengulas penyertaan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menjadi ahli KEADILAN Cabang Ampang.


Bagaimanapun, Syed Ahmad yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN menasihatkan semua pihak agar tidak terlalu berspekulasi mengenai calon parlimen Ampang kerana Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16 masih terlalu jauh.


"Mengenai desas-desus calon Ahli Parlimen bagi Pilihan Raya Umum akan datang, Cabang Ampang ingin memaklumkan masih terlalu awal untuk membuat keputusan dan menyerahkan sepenuhnya keputusan tersebut kepada pimpinan tertinggi

parti selaras dengan amalan demokrasi dalaman KEADILAN.


"Perlu digariskan sebagai parti yang progresif, pencalonan di pilihanraya tidak terikat kepada alamat permastautin, lokasi cabang dianggotai atau jawatan di dalam parti mengikut syarat yang sudah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


"Kami menghormati proses pemilihan calon yang telus, adil dan mengambil kira pandangan semua peringkat," katanya.


Buat masa ini perkara yang perlu diberi penumpuan, kata Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya itu ialah memperkukuh gerak kerja KEADILAN di Ampang dan menjaga kebajikan pengundi yang telah memberikan mandat pada PRU 15 lalu.


"Fokus kami di Cabang Ampang adalah memperkukuh gerak kerja di akar umbi, membela kebajikan rakyat serta memastikan agenda reformasi yang dibawa oleh YAB PMX dan kepimpinan parti dapat direalisasikan dengan berkesan," katanya lagi.


Untuk rekod, kelmarin bercakap kepada media Malaysia di Jepun, Tengku Zafrul berkata, beliau telah sah diterima sebagai anggota KEADILAN Cabang Ampang sejak dua minggu lalu. Beliau buat masa ini hanya menjadi ahli biasa KEADILAN.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page