top of page

KEADILAN Alor Gajah doa kesejahteraan kepada PM, sedia hadapi PRN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 8 hours ago
  • 1 min read
Khuzaire (pegang mic) mempengerusikan mesyuarat KEADILAN Cabang Alor Gajah
Khuzaire (pegang mic) mempengerusikan mesyuarat KEADILAN Cabang Alor Gajah

KEADILAN Cabang Alor Gajah, Melaka, baru baru ini mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena ulang tahun kelahiran ke-79 Perdana Menteri merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Majlis yang dianjurkan di bawah pimpinan Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah, Mohd Khuzaire Mohd Kamal itu dimulakan dengan solat Maghrib serta Isyak secara berjemaah, sebelum diteruskan dengan bacaan Yasin dan doa selamat dipimpin Biro Hal Ehwal Agama KEADILAN Cabang Alor Gajah, Haji Shariff.


KEADILAN Cabang Alor Gajah berkata, doa dipanjatkan agar Datuk Seri Anwar dikurniakan kesihatan, kekuatan, kebijaksanaan untuk terus memimpin negara.


"Doa dipanjatkan agar Allah SWT terus mengurniakan kesihatan, kekuatan, kebijaksanaan serta petunjuk kepada YAB Perdana Menteri dalam meneruskan amanah memimpin negara dan memperkukuhkan agenda Reformasi demi kesejahteraan rakyat," kata kenyataan Cabang Alor Gajah.

Tahlil dan bacaan yassin
Tahlil dan bacaan yassin

Majlis berkenaan juga disertai doa selamat bagi memohon kelancaran segala urusan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal menjelang.


"Semoga seluruh gerak kerja, jentera dan warga KEADILAN diberikan kekuatan, kesatuan hati serta kelancaran dalam melaksanakan amanah perjuangan," katanya.


Selepas majlis keagamaan itu, KEADILAN Cabang Alor Gajah meneruskan agenda organisasi dengan mengadakan Mesyuarat Cabang Bilangan Ketiga bagi tahun 2026.


Menurut kenyataan tersebut, mesyuarat berkenaan menjadi ruang untuk membincangkan perkembangan semasa cabang, memperkemas gerak kerja organisasi serta memperkukuhkan persiapan menghadapi agenda politik dan pilihanraya yang bakal mendatang pada bila bila masa.


"Semoga segala usaha dan gerak kerja yang dilaksanakan terus dipermudahkan serta mendapat keberkatan Allah SWT," menurut kenyataan itu lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page