KEADILAN akan lancar manifesto 6 Teras, 'Makmur Bersama KEADILAN'



KEADILAN Sarawak akan melancarkan manifesto 'Makmur Bersama KEADILAN' dalam masa terdekat.


Menurut Pemangku Pengerusi Parti KEADILAN Rakyat Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh, manifesto tersebut akan dilancarkan pada tarikh lawatan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri itu pada 2 Disember ini.


Kata, Abang Zulkifli, manifesto akan dirangka dengan 6 Teras Perubahan, 17 Strategi Pelaksanaan dan 46 Inisiatif Kemakmuran untuk dihadam oleh rakyat Sarawak yang ketinggalan dalam pembangunan berbanding Semenanjung.


"Sarawak negeri yang cukup kaya dengan sejarah kepelbagaian kaum, budaya, agama dan sumber alam yang luar biasa.

"Walau bagaimanapun selama lebih daripada 5 dekad, kekayaan dan kemakmuran negeri Sarawak telah dibolot atau dirampas oleh segelintir golongan pemimpin elit dan kroni. Ramai pemimpin yang mempunyai kekayaan terlalu besar dan hidup sangat mewah, sementara ramai rakyat Sarawak hidup di bawah garis kemiskinan dan menderita," kata Abang Zulkifli dalam satu kenyataan.


Katanya lagi, kekayaan negeri selama ini tidak digunakan dengan cekap, telus, adil dan amanah untuk membangunkan negeri dengan sama rata dan memastikan kemajuan serta kemakmuran dikongsi bersama.


Tambahnya, Sarawak antara negeri yang mempunyai daerah termiskin di Malaysia dan masih terlalu ramai rakyat Sarawak yang tiada bekalan elektrik, air bersih, kemudahan kesihatan sempurna malah peluang pekerjaan yang mantap untuk mengubah nasib diri dan keluarga.


"Selama 58 tahun, kerajaan Barisan Nasional dan kini Gabungan Parti Sarawak telah gagal menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas untuk rakyat.


"Ternyata sepanjang tempoh itu juga kebanyakan ‘Key Performance Indicator’ (KPI) kerajaan Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak telah gagal ditepati," katanya lagi.


Antara hal yang dijanjikan dalam manifesto adalah:


Teras 1: Sarawak Sihat Sejahtera, menumpukan kepada peningkatkan taraf kehidupan dan kesejahteraan Rakyat Sarawak khasnya golongan miskin.


Teras 2: Sarawak Makmur fokus kepada penjanaan sektor ekonomi dengan pewujudan peluang pekerjaan baru untuk Rakyat Sarawak, dana khas pemulihan sektor pelancongan dan sokongan untuk peniaga kecil dan sederhana (SME) melalui skim Sarawak Berniaga, Sarawak Digital dan Mikrokredit. Fokus utama juga akan diberikan kepada kemajuan sektor pertanian, penternakan dan perikanan. Selain daripada itu, Rancangan Pembangunan Pertanian Moden Luar Bandar (SELDA) yang berpaksikan kepentingan rakyat luar bandar akan menyediakan tanah untuk rakyat yang tiada tanah dan memberikan peluang perkerjaan yang baik melalui usaha pertanian lestari.


Teras 3: Reformasi Infrastruktur Asas melibatkan pembekalan air, elektrik dan internet ke seluruh Sarawak.


Teras 4: Reformasi Pendidikan akan fokus kepada semua sekolah rendah dan menengah daif di Sarawak agar dibaik pulih dengan segera.


Teras 5: Reformasi Hijau dan Alam Sekitar meliputi Polisi Perhutanan Lestari dan penghentian pembinaan Empangan Raksasa Hidro.


Teras 6: Transformasi Perkhidmatan Awam fokus kepada Khidmat Awam Bergerak di luar bandar bagi memudahkan rakyat luar bandar mendapat kemudahan kesihatan, kebajikan, pendaftaran dan pembankan. Reformasi Pentadbiran Anti-Rasuah juga

ditekankan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER