KEADILAN akan bawa 'new game', jadikan ekonomi Johor rakan kongsi Singapura



Sumber tenaga manusia, tanah yang luas dan hasil bumi Johor telah disia siakan selama 60 tahun Umno BN memerintah.


Bagi calon KEADILAN DUN Layang Layang, Dr Maszlee Malik, Johor bukan sahaja memiliki potensi yang ada di Selangor atau Pulau Pinang sebagai negeri maju, tetapi sepatutnya mendapat lebih daripada itu sebagai rakan kongsi kemakmuran ekonomi Singapura.


Beliau berharap pengundi akan membuat perubahan pada Pilihan Raya Negeri Johor 12 Mac ini bagi memulakan strategi 'new deal' untuk ekonomi masa hadapan Johor.


"Johor punya potensi untuk jadi negeri termaju di Malaysia. Kita jiran terdekat dengan Singapura. Selama ini Johor dapat manfaat dari Singapura, kerja di sana. Tetapi itu bukan pekara kita banggakan. Sepatutnya Johor pada waktu ini boleh mempunyai ekonomi setanding Singapura


"Tetapi kenapa ini tidak berlaku? Selama bertahun tahun kita tidak ada Kerajaan Negeri yang kuat. Tidak ada Kerajaan Negeri yang boleh kata kami mahu 'deal yang baru' antara Johor dan kerajaan pusat.


"Kita punya visi yang jauh tetapi jarang disambut oleh Kerajaan Negeri kerana terikat dengan pusat. KEADILAN mempunyai new game untuk Johor. Kerajaan Johor boleh jadi rakan kongsi strategik Singapura. Perlu perubahan rejim percukaian di Johor. Perlu insentif supaya industri boleh masuk ke Johor.


"Perlu insentif untuk pastikan industri di Singapura ada di Johor. Apabila rakyat Singapura beli barang di Johor Bahru kos sara hidup meningkat. Kos sara hidup naik.


"Kita ingin memastikan apa sahaja manfaat Singapura dikuasai Johor sebagai rakan kongsi," katanya dalam sidang media tengah hari tadi.


Menurut Ahli Parlimen Simpang Renggam itu lagi, strategi memperkuat ekonomi Johor tersebut boleh dilakukan Kerajaan Negeri dengan memperbaiki mutu pendidikan dan meningkatkan skil secara latih semula (re-skilling) penduduk Johor


Hanya dengan cara itu, katanya, bangsa Johor akan memperolehi gaji yang tinggi dan tidak lagi menjadi buruh di Singapura.


"Pendidikan di Johor ikut Persekutuan tetapi kerajaan Johor boleh sediakan prasarana yang lebih baik dan juga kemudahan untuk meningkatkan pendidikan di Johor.


"Tetapi ini tidak berlaku kerana tidak ada political will dan tidak jelas apa yang mahu dilakukan.


"Kita di KEADILAN dan PH menawarkan calon terbaik untuk menentukan kerajaan terbaik untuk meletakkan Johor di peta dunia," katanya.


Di samping itu, Dr Maszlee juga menyeru pengundi terutama kaum Cina agar tidak takut untuk keluar mengundi kerana SOP telah disediakan bagi mengelakkan dijangkiti Covid 19


Katanya, keengganan mengundi akan menyebabkan BN meneruskan kemenangan dan kembali 'makan besar' ke atas hasil masygul Johor.


"Rakyat perlu keluar mengundi. Masyarakat Tionghua jangan takut keluar mengundi.


"Mereka telah buktikan sebelum ini. Kalau kasi mereka menang akan ramai yang makan besar. Kita kena hentikkan.


"PH tawarkan tokoh yang terbaik mewakili rakyat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER