top of page

KEADILAN adalah parti masa depan Malaysia - Anwar

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Jul 27, 2020
  • 1 min read

Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap tohmahan bahawa KEADILAN sebagai parti berbilang kaum tidak akan diterima rakyat adalah tidak benar sama sekali kerana beliau percaya KEADILAN mempunyai masa depan di negara ini.


Presiden KEADILAN itu juga berpandangan parti tidak seharusnya tunduk dan mengalah kepada tekanan yang dihadapi, sebaliknya kekal dengan prinsip perjuangan parti.


"Kita sekarang seolah-olah perlu bersikap defensif. Ada yang kata pada saya KEADILAN perlu mengubah pendirian dan memberi keutamaan kepada orang Melayu atau parti berbilang kaum akan gagal. Menyampah sudah saya dengar.


"Ini naratif lama. Memang masalah kemiskinan majoriti orang Melayu tapi kita mahu basmi kemiskinan merentasi semua kaum. KEADILAN tidak lihat warna kulit dan kaum," katanya ketika berucap di Konvensyen Penerangan KEADILAN.


Anwar juga berkata KEADILAN mampu membawa angin perubahan yang diinginkan oleh semua lapisan masyarakat, bukan untuk satu-satu kaum semata-mata.


"Ada orang Melayu anggap parti berbilang kaum ini tidak selamat. Itu naratif biasa. Kita ada angkatan dalam KEADILAN dan kita boleh bawa perubahan yang diinginkan.


"Ini parti masa depan Malaysia, KEADILAN akan mencorakkan Malaysia baru, menyelamatkan semua kaum dan agama. Apabila tolak perkauman sempit, mesej itu jelas menunjukkan pendirian parti," katanya.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page