Keadaan Malaysia boleh jadi seburuk Sri Lanka jika tidak ditadbir dengan betul - Rafizi



Malaysia perlu ditadbir dengan lebih baik, anti rasuah dan menerapkan idea yang berguna dalam menyelesaikan masalah import makanan ketika nilai mata wang rendah, bagi mengelakkannya mengikut jejak langkah kemuraman ekonomi di Sri Lanka.


Menurut Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, import makanan yang tinggi negara ini sehingga 90% menyebabkan rakyat menderita kenaikan harga makanan asas, dan memberi kesan rantaian yang besar ke atas keperluan lainnya.


"Berita Sri Lanka kita tengok tiap malam. Oleh kerana pengurusan ekonomi yang tempang, kerajaan dikawal oleh adik beradik. Abang jadi presiden, adik Perdana Menteri. Kemudian berhutang pula untuk projek yang tidak masuk akal. Buat hiway yang tak ada kereta nak lalu


"Dengan Covid berlaku 2 tahun lepas, oleh kerana negara ini banyak berhutang dan sumber pendapatan yang besar pula sektor perlancongan (yang beku), jadi mata wang tunai masuk tak ada. Oleh mata wangnya turun mendadak. Tetapi makanan diimport semua. Harga import mahal maka makanan kena catu


"Itulah Sri Lanka, walau tak ada kena mengena, saya beritahu asas yang menyebabkan berlaku begitu tak banyak berbeza dengan yang ada di Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis melancarkan gerak kerja dan aplikasi Ayuh Malaysia, menuju Pilihan Raya Umum ke 15, malam tadi.


Tegas Rafizi, sejak 20 tahun lalu kerajaan BN telah melakukan pelbagai program meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara.


Bagaimanapun, apabila projek diberikan kepada pihak yang tidak amanah maka wang peruntukan ke sektor pertanian itu hilang ke tangan golongan elit tertentu dan berakhir dengan perniagaan yang tiada kaitan dengan makanan.


"Kita import 90% makanan kita. Dari tahun 2004 apabila Tun Abdullah Badawi jadi PM beliau tumpu kepada pertanian supaya tidak bergantung import.


"Masalahnya orang di atas ni, bila ada idea baik dia tak fikir tanggungjawab untuk dijalankan idea itu, yang murah dan sesuai dilaksanakan rakyat.


"Soal memastikan kelangsungan makanan di negara ini penting. Dan Umno ada idea untuk tambah makanan negara. Tetapi apa yang kita dapat, ialah Shahrizat, lembu dan kondo.


"Tahun 2004 sampai sekarang berapa bilion wang yang dibazirkan untuk projek pertanian, udang, kerang dan macam macam? Ada audit negara anak syarikat Felda kalau tak silap nak mulakan perniagaan dengan (ternak ikan) sturgeon, audit periksa ikan itu tak sampai pun ke Malaysia," katanya sinis.


Kegagalan struktural di bidang pertanian, kata Rafizi, menyebabkan penggantian import tidak berlaku dengan signifikan dan apabila mata wang negara jatuh nilai maka makanan yang tidak semahal mana di luar negara menjadi melambung harganya di Malaysia.


"Sekarang kita masih menghadapi masalah kebergantungan makanan dari luar. Dalam keadaan mata wang kita jatuh, kita masih import 90% makanan, sampai kobis pun kena import


"Apabila kita beli barang luar dan bayar mata wang rendah kita, maka kita mengimport inflasi. Ini adalah masalah yang jadi beban besar kepada rakyat walau Najib, Muhyiddin dah tak ada nanti.


"Kasihan kepada anak muda yang mewarisi masalah ini. Kita tengok Sri Lanka dengan mata wang lemah. Apa berlaku di Sri Lanka tak musthail akan berlaku di negara kita," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER