top of page

Ke mana pergi dana kutipan tabung konsesi balak untuk penduduk Sarawak?



Ordinan Tabung (Pemulihan Dan Pembangunan) Kawasan Konsesi Hutan 1985 telah diwujudkan di Sarawak sejak tiga dekad lalu bagi memotong sebahagian hasil balak bertujuan digunakan untuk membangunkan penduduk sektiar kawasan konsesi balak.


Namun timbul persoalan ke manakah wang kutipan yang diperolehi daripada syarikat pembalakan itu kerana rakyat tidak melihat sebarang pembangunan atau kebajikan mereka ditambah baik.


Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit menggesa Kerajaan Sarawak agar bersikap lebih bertanggungjawab memantau perjalanan tabung berkenaan, sama ada ia telah memenuhi matlamat penubuhannya atau tidak.


"Badan ini (Tabung Kawasan Konsesi Hutan) ditubuhkan untuk mengutip hasil cukai daripada syarikat-syarikat balak seluruh Sarawak yang sepatutnya digunakan untuk meningkatkan taraf hidup dan menjaga kepentingan penduduk kampung atau benefisiari yang berada dalam kawasan konsesi hutan.


"Namun setelah 36 tahun, penduduk yang tinggal di kawasan lingkaran konsesi masih daif, penduduk masih miskin dan taraf kesihatan serta pendidikan mereka masih berada di taraf terendah," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Abun menggesa penduduk di sekitar kawasan pembalakan mengajukan pertanyaan kepada badan pengurusan tabung berkenaan dan meminta dilakukan pembangunan atau meningkatkan kualiti kehidupan di kawasan mereka.


"Saya menyarankan penduduk di kawasan konsesi untuk bangkit dan meminta penjelasan daripada ahli badan pengurusan satu laporan kewangan terperinci berkenaan pengurusan hasil kutipan cukai daripada syarikat balak.


"Saya juga meminta ahli lembaga pengurusan untuk bersikap telus dan mengeluarkan laporan pengurusan dana serta jujur dalam mengendalikan hak rakyat terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembalakan selama ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page