KDNK suku ketiga 5.8%, lebih tinggi daripada unjuran - Fahmi
- Suara Keadilan
- 11 hours ago
- 1 min read

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga tahun ini lebih tinggi daripada unjuran di tengah tengah ketidakstabilan geopolitik dan ekonomi global.
Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, KDNK yang tumbuh 5.2% pada suku ketiga lebih tinggi daripada jangkaan awal sekitar 4.8%.
Hal itu, kata beliau, menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang baik biarpun di dihimpit perang dagang Amerika Syarikat - China dan tarif perdagangan yang tinggi dari negara adi kuasa dunia itu.
"Anggaran KDNK suku ketiga tahun 2025 di mana unjuran dibuat, pertumbuhan 5.2% melepasi siling. Kita jangkakan iaitu 4.8%.
"Ini membuktikan bahawa walau dalam keadaan isu geopolitik dan perdagangan antarabangsa yang dikatakan tidak kelihatan stabil namun dari segi asasnya ekonomi Malaysia berkembang pesat, terutama dalam sektor pembinaan dan bidang perkhidmatan," katanya dalam sidang media di Putrajaya, petang tadi.
Bagaimanapun, menurut Fahmi lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Jemaah Menteri memaklumkan sektor pembuatan akan diberi lebih perhatian berikutan perkembangan semasa ekonomi antarabangsa pada waktu ini.
"PM telah memaklumkan bahawa sektor pembuatan akan diberikan sedikit penelitian. Isu isu cabaran yang mereka hadapi dalam keadaan geopolitik antarabangsa pada waktu ini," katanya lagi.