top of page

KDN yakin pindaan RUU Kanun Keseksaan bendung jenayah scammer

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 29, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Dalam Negeri (KDN) yakin pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 mampu memperkasakan siasatan dan penguatkuasaan terhadap kes penipuan atas talian di negara ini.


Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, melalui pindaan terbaharu itu pihak polis yang berpangkat sarjan akan diberi kuasa menyekat urusan berkaitan transaksi kewangan mangsa.


"Paling penting adalah pindaan Seksyen 116D Kanun Tatacara Jenayah, bila mana anggota polis terima sahaja aduan boleh memberi kuasa untuk merampas atau menyekat urusan berkaitan transaksi kewangan mangsa agar dihentikan. Sebelum ini kuasa ini tiada, tetapi dengan pindaan ini kita selamatkan dahulu akaun pengguna.


"Jadi ini menunjukkan keupayaan Polis Bahagian Jenayah Perdagangan mempersiapkan pasukan yang ‘competent’ selari dengan halu tuju KDN," katanya di Dewan Negara, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Juhanis Abd Aziz mengenai sejauh mana undang-undang sedia ada membendung jenayah atas talian.


Selain itu bagi menjawab soalan asal, Saifuddin berkata, jenayah atas talian terdiri daripada e-kewangan, ‘love scam’ dan e-dagang.


Susulan itu, katanya, PDRM telah mewujudkan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) bagi membendung kegiatan penipuan dalam talian berkenaan.


"Kita ada NSRC yang mana kita tempatkan pegawai polis bagi menggerakkan siasatan kes-kes penipuan di talian 997.


"Selain itu, kita juga ada Unit Taktikal Siber untuk menjejak kegiatan jenayah siber dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


"Kita harap gabungan kesemua kepakaran ini dapat dimanfaat dengan lebih berkesan," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page