top of page

KDN tidak campur tangan siasatan SPRM terhadap pegawainya



Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes penyelewengan perjanjian sukuk bernilai RM596 juta.


Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata suruhanjaya itu diberi kuasa sepenuhnya mengikut lunas undang-undang bagi menyiasat kes membabitkan pegawai KDN yang didakwa terlibat dalam penyelewengan itu


"SPRM bebas melakukan apa juga siasatan…sesuai dengan kewujudan dia.

"Jadi buat saya yang menerajui KDN, itu adalah ruang tugas dan tanggungjawab SPRM. Mereka harus diberi peluang seluasnya untuk tunai tanggungjawab ikut lunas undang-undang," katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur semalam.


Rabu lepas, SPRM menahan empat individu termasuk pengarah dan ketua pegawai kewangan sebuah syarikat bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dalam perjanjian sukuk yang melibatkan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.


Kesemua suspek yang berumur antara 40 dan 55 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.


Beberapa media kemudian melaporkan SPRM dijangka memanggil pegawai KDN bagi membantu siasatan.


Difahamkan, perjanjian konsesi kerajaan dan syarikat dilantik itu dimeterai pada Julai 2011 untuk tempoh 12 tahun, dengan sukuk itu dijangka mencapai tempoh matang Mei ini.


Tindakan membenarkan syarikat itu mewujudkan akaun lain akan menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada pemegang sukuk.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page