top of page

KDN teliti langkah selesai isu kewarganegaraan - Saifuddin



Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti langkah yang boleh dilaksana bagi penyelesaian isu kewarganegaraan yang berbangkit di negara ini.


Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dengan mengambil kira keresahan yang disuarakan banyak pihak, isu kewarganegaraan itu kini di bawah perhatian beliau.


"Dalam perbincangan awal dengan pegawai-pegawai kanan jabatan berkenaan, saya dapat pandangan dari perspektif perundangan, dan saya sampaikan juga pandangan awal saya dan sesuatu mesti diusahakan dengan lebih serius.


"Dari perspektif undang-undang, negara kita memang tidak mengiktiraf dwi-kerakyatan.


"Namun di satu sisi lain, mesti ada elemen kemanusiaan dalam perkara ini, perlu ada budi bicara dalam hal ini," tegasnya dalam wawancara Naratif Khas Menteri Dalam Negeri Isu Kewarganegaraan terbitan RTM.


Mengenai gesaan kepada kerajaan agar meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membenarkan bayi yang lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia dan pasangan rakyat asing mendapat kerakyatan negara ini secara automatik terdapat usaha untuk meneliti hal tersebut.

Kata Saifuddin, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan di bawah seksyen 1(c) Bahagian II Jadual Kedua hanya membenarkan bapa warganegara Malaysia untuk mendaftar kelahiran anaknya di pejabat Kedutaan Malaysia di negara berkenaan, walaupun ibunya bukan warganegara.


Bagaimanapun, katanya, hak sama tidak diberikan di bawah peruntukan itu kepada ibu warganegara untuk mendaftar kelahiran anaknya, jika bapanya bukan warganegara.


Dalam Manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, tiga blok utama bertanding iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menyatakan kesediaan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kewarganegaraan anak lahir di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warganegara asing.


"Isu kewarganegaraan ini kalau kita nak usahakan sebarang pindaan di peringkat undang-undang, pindaan ini perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja selaras dengan dengan Perkara 159(5) Perlembagaan.


“Ini antara fokus awal saya selepas sesi-sesi taklimat untuk saya tekuni, dan kemudiannya kemukakan suatu syor jalan keluar supaya kemelut ini tidak berterusan dalam menguruskan soal kewarganegaraan,” kata Saifuddin ketika mengulas isu tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page