KDN tawaran diskaun saman trafik 50 peratus melalui MyBayar PDRM
- Suara Keadilan
- 2 days ago
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MyDigital ID melancarkan Kempen Diskaun Saman Kebangsaan.
Kementerian itu menerusi satu kenyataan media berkata, kempen yang menawarkan pengurangan saman trafik PDRM sebanyak 50 peratus itu adalah bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia ke-62.
"Tawaran pengurangan saman itu adalah simbol penghargaan kerajaan kepada rakyat Malaysia.
"Tawaran ini hanya sah untuk pembayaran melalui aplikasi MyBayar PDRM menggunakan log masuk MyDigital ID.
"Kempen berlangsung mulai 31 Ogos 2025 sehingga 16 September 2025. Rakyat dipelawa mengambil tawaran keemasan pengurangan saman bagi melangsaikan tunggakan saman trafik PDRM," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menjelaskan, inisiatif tersebut bukan sahaja bertujuan meringankan beban rakyat, malah menyokong agenda pendigitalan negara.
"Kempen ini menzahirkan komitmen kerajaan melalui KDN dan PDRM untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan, di samping mengangkat agenda digitalisasi negara seiring semangat kemerdekaan dan kemajuan Malaysia,” jelas kenyataan itu lagi.