top of page

KDN siasat penganjur aktiviti hiburan undang kecaman masyarakat



Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat penganjuran aktiviti hiburan di sebuah kelab yang menampilkan kumpulan Thai Hot Guy diadakan pada 30 Mac ini dan mendapat kecaman masyarakat.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, aktiviti hiburan seperti itu tidak wajar dilakukan lebih lebih lagi umat Islam sedang menyambut bulan suci Ramadan.


"Pertama respons saya, kita akan lihat dulu fakta siapa buat kelulusan, pihak berkuasa tempatan (PBT) atau mana-mana pihak lain, perkara itu dulu kita kena lihat.


"Reaksi umum saya adalah jelas, memasuki ambang Ramadan sebaik-baiknya untuk acara seumpama itu tidak diteruskan," katanya dipetik Astro Awani.


Beliau menekankan tidak wajar pihak manapun mencemar sensitiviti umat Islam di Malaysia dengan penganjuran aktiviti yang bertentangan dengan nilai nilai murni masyarakat negara ini.


"Saya cenderung menyebut menjadi kewajipan semua (masyarakat) apabila ketibaan bulan suci ini kita memuliakannya, kita mengukuhkan elemen saling memahami, hormat menghormati dan tidak masuk batasan yang mencetuskan sensitiviti dalam perkara itu," jelasnya lagi.


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KDN tengah hari tadi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page