top of page

KDN rancang perkenal semua program rekalibrasi PATI



Pelan rekalibrasi pendatang asing tanpa izin (PATI) bakal diperkenal semula pada tahun ini bagi penghantaran pulang golongan itu ke negara asal mereka.


Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu selepas pihaknya menerima maklum balas daripada kedutaan negara sumber yang mengesyorkan supaya ruang dibuka semula bagi penghantaran pulang warga mereka.


Bagaimanapun jelasnya, keputusan sama ada pelan itu akan dilaksana tertakluk kepada kelulusan Jemaah Menteri.


"Jawatankuasa bermesyuarat mencadangkan semula program rekalibrasi bagi penghantaran pulang rakyat asing yang tinggal lebih masa mulai tahun ini.


"Kita akan cadangkan satu tarikh kepada Jemaah Menteri dan juga jumlah kompaun yang akan dikenakan terhadap mereka," katanya dipetik dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri Dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Ke-10 di Putrajaya pada Selasa.


Sebagai rekod, pelan rekalibrasi PATI itu ditutup tahun lalu, namun kerajaan masih meneruskan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 sehingga 31 Mac ini untuk meregularisasikan tenaga kerja asing di negara ini sebagai pekerja yang sah digajikan


Setelah berakhirnya tempoh proses verifikasi berkenaan, mana-mana majikan yang didapati masih menggajikan pekerja asing tanpa dokumen yang sah boleh dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B; Seksyen 55E dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).


Sementara itu tambah Saifuddin, ketika ini negara mempunyai seramai dua juta pekerja asing dengan tiga sektor sudah lengkap diisi iaitu perkhidmatan, pembinaan dan perkilangan.


Namun jelasnya ada keperluan tinggi untuk tenaga buruh bagi dua lagi sektor iaitu perladangan dan pertanian.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page