top of page

KDN: Proses verifikasi tamat 31 Mac depan



Proses verifikasi membabitkan majikan dan pekerja asing bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 akan ditamatkan pada 31 Mac depan.


Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan perkara itu pada sidang media selepas meninjau pelaksanaan Program RTK 2.0 di Jabatan Imigresen Selangor, di Shah Alam pada Selasa.


Jelasnya, proses verifikasi dilaksanakan setelah proses pendaftaran Program RTK 2.0 tamat pada 31 Dis lepas, dengan dianggarkan hampir 1.1 juta pekerja asing telah didaftarkan.


"Majikan mesti melakukan proses verifikasi dengan datang bersama pekerja mereka ke Pejabat JIM bagi pihak imigresen memastikan majikan tersebut sama ada telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan pekerja itu pula betul-betul wujud.


"Jika majikan tidak tampil (membuat proses verifikasi) bermakna mereka tidak berminat untuk menggajikan pekerja asing (secara sah) dan telah melakukan pelanggaran undang-undang," katanya dipetik.


Sementara itu Saifuddin turut berkata, setelah berakhirnya tempoh proses verifikasi berkenaan, mana-mana majikan yang didapati masih menggajikan pekerja asing tanpa dokumen yang sah boleh dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B; Seksyen 55E dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page