KDN perlu pantas selesaikan isu melibatkan kewangan - Saifuddin
- Suara Keadilan
- May 13
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan kakitangannya agar segera menyelesaikan hal-hal yang timbul berkaitan kementerian berkenaan.
Hal itu kerana katanya, kepantasan menyelesaikan sebarang masalah merupakan prinsip yang digunakan oleh pihaknya ketika melaksanakan tanggungjawab termasuk di peringkat kementerian.
''Dalam ruang lingkup daerah tugas hakiki kita, kalau ianya memerlukan kepantasan untuk menyelesaikan masalah.. segerakan tanpa kompromi sebarang peraturan kewangan.. itu prinsip yang kita guna,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama perhimpunan bulanan kementeriannya, di Putrajaya, hari ini.
Di awal ucapannya, Saifuddin mengimbas kembali satu cerita yang dikaitkan dengan 'kepantasan' menyelesaikan sesuatu isu.
Beliau berkata, ketika itu pada tahun 1998, terdapat isu kelewatan pembayaran upah melibatkan kumpulan sukarelawan.
Menyimpulkan ceritanya itu, katanya, sebarang masalah perlu diselesaikan segera apatah lagi para sukarelawan mempunyai tanggungjawab untuk menyara keluarga dan bil yang perlu dibayar.
Comments