top of page

KDN pantau ajaran sesat Ahmad - Saifuddin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 9, 2024
  • 1 min read


Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memantau ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya sama ada telah melanggar aspek ketenteraman dan keselamatan awam.


Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya akan membuat semakan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berhubung perkara itu.


"Saya difahamkan menteri agama (Mohd Na'im) sudah mengeluarkan kenyataan. Itu dari sudut ada pelanggaran agama dan undang-undang.


"Dari sudut KDN, aspek ketenteraman awam dan keselamatan. Jadi, saya akan bekerja sama dengan Menteri Agama untuk melihat aspek mana yang dianggap boleh menjadi ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam," katanya dipetik.


Sebelum ini, muncul satu kumpulan menggunakan media sosial untuk menyebarkan ajaran Ahmad termasuk mengadakan penstriman langsung di TikTok.


Kumpulan itu mendakwa Kaabah tidak lagi berada di Makkah, sebaliknya Petra dan kemunculan Imam Mahdi sebagai jelmaan semula imam ke-12 Syiah serta Nabi Muhammad SAW.


Pada Jumaat, Mohd Na'im menegaskan, ajaran Ahmad - Agama Keamanan dan Cahaya bertentangan dengan syariat Islam.


Sementara itu menurut Saifuddin, pihaknya belum menerima laporan lanjut daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung perkembangan siasatan ajaran berkenaan.


"Setakat ini saya belum dapat apa-apa laporan, mungkin ada cuma PDRM belum 'update' (kemas-kini) saya, saya akan semak dulu.


"Saya juga akan semak dengan Menteri Agama lagi. Sebab jika ia di bawah penguatkuasaan dan kawalan, tentu kita boleh aktifkan bahagian penguatkuasa (KDN) jika memang wujud perkara disebut," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page