top of page

KDN mahu kurang kesesakan penjara, perkenal sistem parol



Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhasrat mengubah persepsi masyarakat yang selama ini mengenali penjara sebagai pusat hukuman kepada pusat koreksional.


Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata usaha itu akan dilakukan menerusi Program Koreksional Komuniti seperti parol dan Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) selaras dengan Seksyen 43 Akta Penjara 1995.


Beliau yang mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia di Kajang semalam turut berkata, pihaknya mensasarkan 18,500 banduan yang dihukum penjara kurang tiga tahun dan dianggap tidak melakukan kesalahan serius akan diberi peluang kedua melalui program tersebut.


"Kalau tengok kepada statistik kejayaan Program Koreksional sebelum ini, ia ternyata membantu mengurangkan kes berulang iaitu satu daripada 800 kes banduan yang kembali ke penjara selepas dibebaskan.


"Perbincangan mengenai hasrat menjadikan Program Koreksional sebagai keutamaan Jabatan Penjara sudah dibuat, ini termasuk kerjasama dengan 283 syarikat yang bersedia menerima kumpulan banduan itu bekerja," katanya semalam.


Saifuddin turut menambah, pihaknya sedang dalam cadangan menambah baik beberapa kompleks penjara yang dianggap sudah usang supaya menjadi kondusif buat pesalah dan kakitangan Jabatan Penjara.


Beberapa penjara berusia lebih 100 tahun Penjara Alor Setar di Kedah, Penjara Pulau Pinang, Pusat Koreksional Kamunting di Perak dan Penjara Pengkalan Chepa di Kelantan antara yang dikenal pasti memerlukan naik taraf.


Usaha itu jelasnya selain menjadikan suasana pusat koreksional itu lebih kondusif buat pesalah dan kakitangan Jabatan Penjara turut dapat mengelak keperluan membina kompleks penjara baharu.


"Usaha ini dibuat kerana kami sedaya upaya tidak mahu membina penjara baharu sebab mahu kurangkan kadar jenayah dan sabitan. Hasrat ini juga dibuat untuk mewujudkan penjara yang lebih manusiawi untuk didiami," katanya.


Sementara itu jelasnya, KDN akan menambah bilangan petugas Jabatan Penjara yang memerlukan 1,300 pegawai dan anggota beruniform dan 180 kakitangan awam serta menyegerakan pengisian kekosongan perjawatan itu.


Katanya beliau sudah berbincang dengan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Penjara Datuk Nordin Muhamad untuk menjadi pemudah cara proses pengambilan serta pelantikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page