top of page

KDN lulus peruntukan RM150 juta bina IPD Kalabakan



Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kalabakan membabitkan kos RM150 juta.


Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah pembinaan IPD baharu itu merupakan usaha kerajaan untuk meningkat tahap keselamatan di kawasan itu.


Ia jelasnya penting kerana daerah itu akan menjadi pintu strategik negara dengan pembukaan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) Serudong.


"Adanya IPD kita boleh lengkapkan dengan kekuatan anggota, kemudian kuarters supaya anggota polis betul-betul boleh berkhidmat kepada penduduk kampung," katanya dipetik.


Sehubungan itu menurut Saifuddin, pihaknya kini memerlukan kerjasama Pejabat Daerah Kalabakan bagi urusan tapak, tanah, izin pembangunan dan pelbagai urusan lain untuk melancarkan pembinaan IPD berkenaan.


Saifuddin sebelumnya berucap ketika merasmikan Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kalabakan serta Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) pada Jumaat.

Sementara itu, beliau berkata, pengoperasian JPN cawangan Kalabakan sejak 1 Disember dan sehingga kini berjaya menerima dan menguruskan permohonan perkhidmatan mencecah 150 kes, dengan purata 10 kes satu hari.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page