top of page

KDN kaji panjangkan tempoh sah laku passport Malaysia 10 tahun

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 19, 2024
  • 1 min read

ree

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melakukan kajian bagi memanjangkan tempoh sah laku pasport Malaysia antarabangsa (PMA) kepada 10 tahun berbanding pada masa ini selama lima tahun.


Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, kajian yang dilakukan melalui Jabatan Imigresen itu akan mengambil masa sebelum satu keputusan dilakukan oleh pihak kerajaan.


"Saya percaya dalam tempoh munasabah bila hasil kajian itu kita peroleh, kita akan buat dasar tentang keperluan sama ada laksanakan untuk tempoh lima atau 10 tahun," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.


Terdahulu beliau merasmikan pembukaan Pejabat Pasport Shaftsbury di Putrajaya yang turut dihadiri Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh.


Saifuddin berkata tempoh sah laku pasport selama 10 tahun itu sudah dilaksanakan di beberapa negara termasuk negara ASEAN seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura selain Itali, Perancis, Amerika Syarikat dan United Kingdom.


Laporan pada November lalu memetik Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) mengesyorkan tempoh sah laku pasport Malaysia antarabangsa ditambah daripada lima kepada 10 tahun dengan kadar bayaran sewajarnya.


Presidennya Ajeet Singh Gurbax Singh berkata, lebih 100 negara di dunia sudah memperkenalkan pasport antarabangsa yang mana tempoh sah lakunya adalah 10 tahun.

Beliau berkata, cadangan itu antara resolusi dipersetujui pihaknya ketika konvensyen dan Mesyuarat Agung Tri Tahunan KPISM.


Sementara itu Saifuddin berkata, satu lagi pejabat pasport imigresen akan dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah yang dijangka beroperasi Jun depan.


Beliau berkata pejabat berkenaan kini dalam proses disiapkan sebelum beroperasi sepenuhnya.


"Dengan cara ini, kita dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan tanpa menambah jawatan tetapi permudahkan urusan imigresen dengan masyarakat," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page