top of page

KDN di bawah Saifuddin lebih baik daripada sebelumnya - Tze Tzin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 15, 2024
  • 2 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Kritikan dan hentaman pembangkang ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan mengenai isu kewarganegaraan disifatkan tidak wajar memandangkan rekod baik Saifuddin di Kementerian Dalam Negeri (KDN).


Bagi Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, dakwaan pihak tertentu menyifatkan Setiausaha Agung KEADILAN itu “tidak layak” menjadi Menteri KDN susulan cadangan meminda undang-undang kewarganegaraan adalah keterlaluan.


"Terus terang cakap, tiada siapa yang akan suka Menteri Dalam Negeri, jawatan ini akan sentiasa tidak popular. Tetapi biarlah adil kepada Saifuddin.


"Dalam tempoh 15 bulan, banyak kejayaan yang dikecapi berbanding Menteri Dalam Negeri sebelum ini," katanya dalam catatan di X hari ini.


Tze Tzin yang merupakan mantan Timbalan Menteri Pertanian berkata, Saifuddin sehingga kini telah berjaya menyelesaikan 35,000 daripada 59,000 kes membabitkan permohonan kewarganegaraan, lebih separuh daripada jumlah keseluruhan kes.


"(Berbanding Menteri sebelum ini) hanya Saifuddin sahaja yang mempunyai iltizam politik untuk menyelesaikan isu tersebut dengan hasil yang membanggakan," ujarnya.


Tambah Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN itu, siri kejayaan tersebut jelas terbukti apabila Saifuddin berjaya meyakinkan Majlis Raja-Raja serta Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak untuk menyokong reformasi Perlembagaan berhubung isu kewarganegaraan bagi anak-anak yang dilahirkan oleh ibu rakyat Malaysia di luar negara.


"Hasil pencapaian yang membanggakan maka tidak adil untuk mendakwa Saifuddin tidak layak, bandingkan sahaja beliau dengan pendahulunya, maka anda akan lihat perbezaannya," ujar Tze Tzin lagi.


Terdahulu, Malaysikini menerbitkan tulisan kolumnis P Gunasegaram yang bertajuk “Why Saifuddin is unfit to be home minister”.


Wartawan veteran itu mendakwa Saifuddin tidak melakukan langkah perubahan besar berkait pindaan seperti yang terkandung dalam manifesto piliharaya sebelum ini.


Dalam perkembangan isu kewarganegaraan, Saifuddin beberapa hari lalu berkata beliau bersedia untuk memberi penjelasan di Parlimen mengenai cadangan pindaan undang-undang.


Jelasnya, pindaan itu tidak akan menafikan peluang anak terdampar, anak angkat dan anak lahir di luar ikatan perkahwinan yang layak untuk mendapat kewarganegaraan mereka.


Sebaliknya, kata Saifuddin pindaan itu hanya bertujuan untuk tidak memberikan kewarganegaraan kepada yang tidak layak, termasuk anak pasangan warga asing.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page