top of page

KDN bincang hapus pangkalan haram laluan penyeludup

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Mar 2, 2024
1 min read


Beberapa langkah bagi menghapuskan kemudahan termasuk pangkalan haram di sempadan negara telah dibincangkan susulan ia berisiko menjadi laluan sebarang bentuk penyeludupan.


Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu dibawakan ke mesyuarat jawatankuasa keselamatan sempadan yang diadakan.

"Ia melibatkan kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sebab pangkalan haram itu terletaknya di tanah kuasa Kerajaan Negeri dan rizab sungai serta ada elemen pihak berkuasa tempatan (PBT).


"Mesyuarat yang saya pengerusikan minggu lepas itu antara cadangan ke arah banteras perkara itu adalah dengan menghapuskan semua bentuk kemudahan logistik yang haram," katanya dalam satu sidang media.


Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kebelakangan ini dilihat bertindak proaktif dalam usahanya menangani Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).


Setakat Februari, sebanyak 58,508 tangkapan dibuat berdasarkan kepada 20,880 operasi penguatkuasaan yang diadakan.


JIM turut berjaya membongkar sindiket PATI menerusi serbuan di sebuah rumah penampungan di Demit, Kota Bharu, pada 21 Februari lalu, yang membawa tangkapan penjaga rumah, transporter dan pendatang asing tanpa izin (PATI).


Sementara itu tambah Saifuddin, kawalan barisan hadapan ini dilakukan 24 jam untuk semua aset darat mahu pun laut.

"Ini bukan hanya tumpu di sempadan Kelantan, tapi di kawasan Selat Melaka. Tugas hakiki KDN bukan hanya tumpu satu satu-satu 'point' sahaja.


"Jawapan saya, tanggungjawab menjaga sempadan negara daripada bolos sebarang anasir yang mengancam keselamatan itu adalah tugasan 24 jam kita," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page