top of page

KDN berjaya berkas 58,508 PATI, 871 majikan di lima negeri



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Dalam Negeri (KDN) berjaya menahan 58,508 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 871 majikan sepanjang tempoh 1 Januari 2022 sehingga 27 Februari 2024.


Menterinya Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, operasi di bawah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) itu adalah berdasarkan rekod 20,880 operasi yang dilakukan.


"Bukan sahaja kita tangkap PATI, majikan pun kita tangkap kerana melindungi, menggajikan dan segala macam kesalahan di bawah Akta Imigresen," katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan V Ganabatirau (PH-Klang) yang menyatakan mengikut tinjauan, penduduk Klang masih kurang berpuas hati terhadap hasil serbuan terhadap lubuk PATI di kawasan pedalaman kerana jumlahnya masih tinggi.


Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, lima negeri yang paling ramai PATI adalah Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak.


Berkenaan masalah PATI di Selangor, Saifuddin berkata, sebanyak lapan kawasan panas dikesan termasuk Pasar Borong Klang, Pasar Besar Klang, GM Klang, Kawasan Perindustrian Sultan Sulaiman dan Kawasan Perindustrian Bukit Tinggi.


"Kita (JIM) pantau dan melakukan 36 serbuan di Klang serta menangkat 2,054 PATI.


"Begitulah komitmen yang kita tunjukkan secara berterusan untuk tangani perkara ini," ujarnya lagi.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page