top of page

KBS tidak benarkan syarikat tembakau, vape, alkohol taja acara sukan



Kod Sukan Selamat telah diperkasakan untuk mengelak sebarang tajaan aktiviti sukan melibatkan syarikat tembakau, rokok elektronik atau vape dan alkohol.


Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, keputusan itu selaras dengan hasrat kementerian untuk mempromosikan gaya hidup sihat.


"Sebagai sebuah kementerian yang mempromosikan gaya hidup sihat, kami melarang rokok, vape dan alkohol untuk dibawa ke dalam stadium kerana boleh mendatangkan bahaya serta tidak keselesaan kepada pengunjung yang lain," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya menghadiri Kempen Kawalan Merokok anjuran Pusat Perubatan Cengild GI, Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) di Kuala Lumpur pada Rabu.


Sementara itu Hannah turut menegaskan, pihaknya tidak akan memberikan sebarang peruntukan kepada mana-mana persatuan atau aktiviti yang dipercayai ditaja oleh syarikat-syarikat terbabit.


Sebarang aktiviti yang menimbulkan syak wasangka selepas permohonan diluluskan akan disiasat dan jika apa yang dijangka itu benar, peruntukan akan dibatalkan

"Ini termasuk mereka yang memohon Geran Padanan Sukan (GPS) dan Dana Sukan Komuniti (DSK) di KBS," tambah Ahli Parlimen Segambut itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page