top of page

KBS tawar RM10,000 untuk pertubuhan belia cemerlang



Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus menyokong dan menghargai golongan belia mengembangkan kreativiti mereka.


Timbalan Menteri KBS, Adam Adli Abd Halim mengumumkan pihaknya menawarkan imbuhan RM10,000 kepada mana-mana pertubuhan belia di seluruh negara yang berjaya menganjurkan program dengan kreativiti sendiri tanpa bergantung kepada dana yang disediakan kerajaan.


"Ia sebagai satu cabaran kepada pertubuhan belia di peringkat akar umbi yang mempunyai inisiatif dan bermodalkan rendah dalam menganjurkan program


"Kita mahu dengan program bermodalkan hanya RM1,000 tersebut, ia boleh menarik sekurang-kurangnya 1,000 belia berdaftar, jadi saya rasa mereka layak diberi ganjaran RM10,000 dan akan diberi pada tahun hadapan.


"Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempunyai dana pengiktirafan dalam bentuk sokongan, tetapi kami mahu melihat mereka buat itu dahulu," katanya dipetik.


Adam sebelumnya hadir ke Program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi di sini Seremban.


Sementara itu Adam Adli berkata, KBS bersetuju dengan cadangan penglibatan pertubuhan belia ke peringkat sekolah dalam turut sama menyumbang merit kepada pelajar dalam kokurikulum sekolah sedia ada.


Isu tersebut jelasnya akan dibincangkan secara terperinci dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page