top of page

KBS tambah tiga lokasi baharu ‘Youth-Hub’ tingkat keupayaan belia



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Belia dan Sukan menjangkakan penambahan tiga ‘Youth-hub’ sebagai usaha meningkatkan pembangunan golongan belia di negara ini.


Timbalannya, Adam Adli Abdul Halim berkata, pihak KBS telah mewujudkan enam premis pusat belia itu membabitkan Selangor, Sabah, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan dan Melaka.


Oleh itu, katanya pihaknya merancang untuk membangunkan tiga lokasi baharu termasuk di Sarawak.


"KBS akan adakan sesi perbincangan dengan Kerajaan Sarawak bagi mewujudkan premis ‘Youth-hub’ di negeri tersebut," katanya menerusi pertanyaan lisan menteri di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Willie anak Mongin (GPS- Puncak Borneo) mengenai peruntukan khas pembangunan belia di setiap Parlimen.


Jelas Adam pihak kementerian setakat ini lebih tertumpu kepada pembangunan kompleks di bawah kendalian KBS bagi membangunan kegiatan belia setempat di seluruh negara.


"KSB tiada peruntukan khas untuk wujudkan pusat belia mengikut kawasan Parlimen, sebaliknya yang kita ada adalah kemudahan kegiatan belia setempat menerusi 15 kompleks belia dan sukan setiap negeri.


"Selain itu, 16 kompleks Rakan Muda dan 16 kompleks komuniti serta 11 kompleks sukan kecil juga di bawah KBS," ujarnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page