top of page

KBS seiring amanat Perdana Menteri, perkasa integriti, agenda belia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 days ago
  • 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyokong penuh amanat serta hala tuju digariskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri semalam.


KBS dalam satu kenyataan berkata, penegasan Perdana Menteri mengenai pengukuhan tadbir urus kerajaan, pemerkasaan integriti penjawat awam serta penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berimpak tinggi kepada rakyat.


"Pembudayaan budaya kerja berprestasi tinggi selari dengan komitmen kementerian itu dalam melaksanakan agenda pembangunan belia dan sukan negara.


"KBS komited untuk terus memperkasakan agenda pembangunan belia dan sukan melalui pelaksanaan dasar, program serta inisiatif yang berfokus kepada kesejahteraan belia, pembudayaan sukan, kecemerlangan atlet dan pengukuhan ekosistem industri sukan yang inklusif serta mampan," kata kementerian itu.


Menerusi kenyataan sama, KBS turut menyatakan sokongan terhadap penegasan Perdana Menteri terhadap pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pemacu utama pembangunan modal insan negara.


Dalam memastikan prinsip keadilan sosial Kerajaan MADANI terus diperkasakan, KBS memberi tumpuan khusus kepada usaha membantu belia daripada golongan B40 agar tidak tercicir daripada arus pembangunan negara.


"KBS komitmen untuk memastikan setiap warga KBS menghayati nilai profesionalisme, akauntabiliti dan semangat kerja berpasukan seperti yang ditekankan oleh Perdana Menteri, selaras dengan aspiras membina negara yang progresif, berdaya tahan dan berteraskan nilai kemanusiaan.


"KBS akan terus bekerjasama rapat dengan semua agensi, pihak berkepentingan serta rakan strategik bagi merealisasikan visi dan hala tuju yang telah digariskan demi manfaat belia, atlet dan seluruh rakyat Malaysia," tambah kenyataan tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page