top of page

KBS salur bantuan kepada atlet kayak cedera dilanggar - Adam Adli



Bantuan sewajarnya akan diberikan kepada atlet kayak, Siti Nurul Masyitah Elias yang parah dilanggar oleh seorang pemandu mabuk di Johor Bahru pada Sabtu.


Timbalan menteri Belia dan Sukan (KBS) Adam Adli Abd Halim berkata, beliau telah mengarahkan Jabatan Belia dan Sukan Johor untuk berhubung dengan keluarga mangsa bagi membolehkan bantuan disegerakan.


"Kita (KBS) sudah mengarahkan Jabatan Belia dan Sukan Johor untuk berhubung dengan keluarga dan hulurkan bantuan yang diperlukan. Bukan semua atlet daripada keluarga yang senang, macam pelajar (Nurul Masyitah).


"Kita minta supaya setiap orang doakan keselamatan dan akan membantu sebaik mungkin keluarganya dan dia sendiri sepanjang rawatannya," katanya dipetik.


Difahamkan, Nurul Masyitah, 22, yang menunggang motosikal dirempuh ketika dalam perjalanan ke pusat latihan di Persatuan Kanu Negeri Johor, Bakar Batu di Johor Bahru.


Beliau yang cedera parah di lapor selesai menjalani pembedahan tulang pelvis dan bahu kanan pada Selasa dan berada dalam keadaan stabil.


Dalam perkembangan berkaitan, KBS menggesa semua persatuan sukan memastikan atlet bernaung di bawahnya mendapatkan perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).


Adam Adli menegaskan, perlindungan sosial khususnya menerusi Perkeso amat penting bagi memastikan golongan atlet dilindungi dari semua aspek.


"Atlet di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) ketika ini telah mendapatkan perlindungan Perkeso sekali gus ia wajar menjadi galakan kepada persatuan sukan untuk turut mengambil langkah sedemikian," tegasnya.

0 comments

Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page