top of page

KBS perkasa pemantauan terhadap persatuan sukan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Apr 21, 2024
1 min read


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa.


Menterinya Hannah Yeoh berkata, Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet baru-baru ini telah memaklumkan kepadanya supaya semua NSA mempunyai tatakelola yang baik.


"Memang kita nak pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan ini diperkasakan, kerana duit dalam sukan tak banyak, bila tak banyak tajaan, itu sangat berharga.


"Kalau kita nak keyakinan orang ramai ataupun pihak swasta untuk terus bagi sumbangan kepada persatuan sukan, tatakelola itu mesti wujud dan kita kena ada kuasa pemantauan dan penguatkuasaan, itu sangat penting.


"Setiap wang yang disumbang untuk pembangunan sukan mesti digunakan dengan baik," kata Hannah dipetik.


Sementara itu menurut Hannah, selain aspek tatakelola yang baik, KBS juga sedang melihat bagaimana untuk meminda akta sedia ada bagi memberikan lebih banyak punca kuasa kepada kementerian itu, sekali gus tidak hanya akan menanti laporan berhubung sesuatu perkara.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page