top of page

KBS nyata komited perangi rasuah dalam sukan



Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa dalam usaha memerangi isu rasuah atau perjudian dalam sukan.


Menterinya Hannah Yeoh berkata pada 3 Ogos lalu, pihaknya telah mengadakan Program Advokasi Antirasuah Badan Sukan Kebangsaan dan Ikrar Bebas Rasuah Badan Sukan Kebangsaan bersama pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Selain itu, pihaknya juga telah mengadakan mesyuarat berhubung isu perjudian haram dalam sukan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) pada 22 Ogos bagi mengekang jenayah itu.


"Saya sudah bangkitkan semua kerisauan kepada polis dan mereka juga kata kita akan dapatkan data-data yang lebih terperinci.


"Seperti yang anda tahu, betting ini bukan sahaja boleh berlaku kepada e-sukan tetapi juga keputusan perlawanan dan apa-apa perlawanan yang ditetapkan.


"Sekarang kita lihat bagaimana boleh eratkan lagi kerjasama antara SPRM, PDRM … mereka hadir di MSN membuat ikrar janji bersama persatuan sukan dan atlet untuk pastikan ada tadbir urus yang baik, supaya kita tahu salah laku semua. Kita dalam peringkat kesedaran," katanya dipetik


Hannah sebelumnya ditemui pemberita selesai sesi dialog bersama Standard Chartered di Kuala Lumpur pada Khamis.


Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki pada Rabu memaklumkan industri sukan elektronik atau e-sukan kini dalam pemerhatian SPRM berikutan industri itu terdedah kepada isu rasuah serta perjudian.


Lebih membimbangkan jelasnya, aktiviti rasuah dalam industri itu juga mendatangkan cabaran kerana ia tidak membabitkan transaksi perbankan sebaliknya dalam bentuk digital seperti rasuah dalam bentuk bitcoin.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page