top of page

KBS mahu siasatan rapi sebelum putuskan baiki Velodrom Ipoh



Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengumumkan keputusan sama ada akan melakukan penambahbaikan Velodrom Rakyat di Ipoh akhir bulan ini.


Timbalan Menterinya, Adam Adli Abdul Halim berkata pihak kementerian akan meneliti semua perkara bagi memastikan apa-apa keputusan yang dibuat nanti akan meletakkan semua pihak terlibat dalam situasi menang-menang.

"Kementerian ambil maklum perkara yang dibangkitkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).


"Kita sedia maklum Velodrom Rakyat ini telah dibaik pulih dengan kos sebanyak RM11 juta pada 2016 lalu dan kini difahamkan mengalami kerosakan, jadi kita mahu siasatan terperinci dilakukan sebelum membuat keputusan, malah kita telah perincikan semua aspek kerana ia melibatkan kos yang tinggi," katanya.


Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill melalui laporan media sebelum ini menyatakan harapan agar KBS mempertimbangkan untuk memasang bumbung pada velodrom tersebut bagi melindungi trek kayu itu.


Saranan itu dibuat selepas pihaknya mendapati ada beberapa kawasan di velodrom itu mulai comot dan bertukar kehitaman kerana keadaannya yang terbuka dan terdedah kepada cuaca panas dan hujan.


Sementara itu, KBS kini sedang merangka beberapa program yang boleh digunakan di fasiliti sukan negara agar memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya.


Antara yang mahu diusahakan kementerian itu adalah melaksanakan kelas berenang untuk kanak-kanak di semua fasiliti renang seluruh negara.


Menterinya, Hannah Yeoh berkata, berdasarkan data Kementerian Kesihatan, setiap tahun hampir 500 kanak-kanak meninggal dunia akibat lemas terutama musim cuti sekolah.


Melalui program itu jelasnya diharap ia akan memberi manfaat sekurang-kurangnya pengetahuan mengenai keselamatan kepada golongan sasar.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page