top of page

KBS lancar KIBAR 2026, galak belia sertai ekosistem persatuan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Dr Mohammed Taufiq melancarkan Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) 2026 di Sepang
Dr Mohammed Taufiq melancarkan Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) 2026 di Sepang

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melancarkan inisiatif baharu berskala nasional, Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) 2026.


Menterinya, Dr Mohammed Taufiq Johari ketika Majlis Peluncuran inisiatif itu di Sepang berkata, program tersebut dirangka melalui pendekatan lebih segar, inklusif dan berimpak tinggi bagi menggalakkan penyertaan belia dalam ekosistem persatuan.


"Antara fokus utama KIBAR 2026 ialah pengukuhan nilai kesukarelawanan, semangat rakan prihatin dalam komuniti serta pembangunan kepimpinan belia akar umb.


"Program ini turut bertujuan mendekatkan belia dengan kepimpinan kerajaan serta membuka ruang kepada mereka menyuarakan aspirasi secara langsung," katanya dipetik.


Beliau sementara itu memaklumkan, KIBAR 2026 digerakkan melalui kerjasama pelbagai agensi dan rakan strategik termasuk IMPACT Integrated, Sekretariat Malaysia SEA Games Organising Committee (MASOC), Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) serta Majlis Belia Malaysia.


Ia bakal dilaksanakan menerusi 17 siri program di 17 lokasi di seluruh negara, melibatkan satu siri di setiap negeri di Semenanjung serta Wilayah Persekutuan Labuan, manakala Sabah dan Sarawak masing-masing akan menganjurkan dua siri.


"Pendekatan itu bagi memastikan capaian menyeluruh termasuk ke kawasan luar bandar dan pedalaman.


"KBS berharap program ini menjadi pemangkin kepada pembangunan belia yang progresif, inklusif dan berdaya tahan," katanya.


Dalam majlis sama, Dr Mohammed Taufiq turut menyaksikan penyerahan cek cura dana bantuan belia kepada semua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri.


Dana berkenaan akan digunakan bagi pelaksanaan Program Intervensi Belia Tidak Berpersatuan serta inisiatif Dari Belia Untuk Belia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page