top of page

KBS lamar sukarelawan SUKMA Selangor ke Sukan SEA

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 53 minutes ago
  • 1 min read

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhasrat "melamar" sukarelawan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 untuk berkhidmat sebagai sukarelawan Sukan SEA yang akan datang.


Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana SUKMA ke-22 dan Para SUKMA, Mohd Najwan Halimi (gambar) susulan perbincangan bersama Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari.


"Terima kasih 'unsung heroes', sukarelawan kita. Insya-Allah untuk semua sukarelawan kita, akan ada tindakan susulan daripada kerajaan negeri untuk kita menyemarakkan lagi program sukarelawan ini.


"Saya akan bincang dengan pihak sekretariat untuk kita sesuaikan keperluan dan kapasiti kerana Sukan Sea ini adalah sukan peringkat Asia Tenggara.


"Kita selaraskan sukarelawan ini agar mereka dapat diserapkan sebagai sukarelawan untuk Sukan Sea tahun depan," katanya dipetik laporan media.


Beliau yang juga Exco Belia dan Sukan Negeri Selangor sementara itu menyifatkan menyifatkan hasrat KBS itu sebagai pengiktirafan terhadap disiplin dan sumbangan sukarelawan yang membantu memastikan SUKMA Selangor berjalan lancar.


Malaysia dijadualkan menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027 dari 18 hingga 29 September dengan pertandingan berlangsung di Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur melibatkan 38 jenis sukan.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyifatkan kejayaan Selangor meraih 101 pingat emas berbanding sasaran 80 emas pada temasya kali ini sebagai pencapaian luar biasa.


Prestasi tersebut sekali gus menetapkan penanda aras baharu buat Selangor bagi menghadapi edisi SUKMA akan datang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page