top of page

KBS kenal pasti kemudahan sukan perlu dibaik pulih



Beberapa kemudahan sukan di seluruh negara yang perlu penambahbaikan telah dikenal pasti, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim.


Bercakap dalam satu sidang media ketika merasmikan Kejohanan Fin Swimming Malaysia di Pusat Akuatik Negeri, Negeri Sembilan baru-baru ini, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu menegaskan isu fasiliti sukan di bawah tanggungjawab Kementerian Belia dan sukan (KBS) akan diberi perhatian sewajarnya.


Langkah itu tegasnya, penting bagi memastikan potensi sukan di negera ini dapat dikembangkan.


Keadaan fasiliti sukan sedia ada yang tidak berada dalam keadaan baik katanya akan merencat pembangunan sukan yang melahirkan altlet berbakat.


"Kita ada banyak potensi atlet, bukan saja dalam sukan tumpuan tetapi dalam sukan-sukan lain.


"Sekiranya fasiliti sukan sedia ada tidak berada dalam keadaan baik, kita mungkin tidak dapat temukan bakat-bakat baru. Jadi kita nak pastikan isu fasiliti ini dapat ditangani dengan baik," jelasnya.


Walau bagaimanapun menerut Adam, setakat ini secara keseluruhan kemudahan yang ada dalam keadaan baik namun disebabkan kemudahan itu sentiasa digunakan ia memerluan lebih penjagaan rapi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page