top of page

KBS galak lebih banyak acara e-sukan diadakan di Malaysia



Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyarankan lebih banyak acara e-sukan bertaraf dunia seperti ESL One dianjurkan di Malaysia pada masa akan datang.


Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai hab e-sukan di Asia Tenggara.


"Pelan Strategik Pembangunan esukan KBS 2020 – 2025, KBS telah menggariskan fokus untuk memupuk ekosistem esukan yang mampan merangkumi pemegang taruh di semua peringkat.


"Ini termasuklah dalam aspek pelaburan dalam infrastruktur dan pembangunan bakat serta penganjuran acara serantau dan antarabangsa di Malaysia, seperti ESL One.


"KBS ingin menjemput lebih banyak acara esukan yang bertaraf dunia seperti ESL One untuk menganjurkan liga dan kejohanan e-sukan mereka di negara ini.


"Semoga dengan usaha ini ia dapat memacu pertumbuhan industri esukan yang berterusan dan mampan di Malaysia," katanya dipetik pada majlis sidang media ESL One Kuala Lumpur 2023 di Sheraton Imperial Hotel KL pada Jumaat.


Kejohanan ESL One bertaraf global dikuasakan oleh Intel® ke Malaysia.


Sebanyak 12 pasukan terbaik dunia yang berentap dalam permainan DOTA bersaing untuk merebut satu daripada enam tempat di play-off ESL One selain wang tunai berjumlah AS$1 juta (RM4.6 juta).


Kejohanan antarabangsa itu, yang masuk tahun keempat, bermula pada 11 Dis lepas dan berakhir Ahad ini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page