top of page

KBS beri kebebasan Azizulhasni pilih tempat berlatih

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 8, 2024
  • 1 min read


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tiada halangan untuk jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang meneruskan latihan di Australia.


Menteri KBS, Hannah Yeoh berkata, pihaknya menyerahkan segala keputusan mengenai latihan itu kepada jurulatih dan doktor perubatan Mohd Azizulhasni demi kebaikan bekas juara dunia keirin 2017 itu.


"KBS tidak pernah ada halangan untuk atlet berlatih di mana, jurulatih kata itu yang terbaik untuk Azizulhasni dan kita fleksibel.


"Ini tempoh kritikal dalam beberapa bulan (sebelum Sukan Olimpik Paris 2024).


"Saya juga tidak pernah bimbang dengan (prestasi) Azizulhasni kerana dia sendiri mempunyai semangat juang yang tinggi untuk dapatkan emas," katanya dipetik.


Hannah berkata begitu ketika menghadiri Forum Sukan Wanita di Yayasan Sime Darby di Kuala Lumpur.


Terdahulu Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman membuktikan dirinya masih ‘berbisa’.


Pelumba berusia 36 tahun itu meraih pingat emas acara keirin pada Sabtu, walaupun telah disahkan menghidap Perikarditis atau radang jantung dua minggu sebelum kejohanan.


Dalam pada itu, Hannah berkata Mohd Azizulhasni akan meneruskan rawatan di Australia dan KBS setakat ini belum menerima laporan penuh berhubung keadaan kesihatan atlet kelahiran Dungun, Terengganu itu.


"Untuk Azizulhasni, ISN (Institut Sukan Negara), doktor dan jurulatih (John Beasley) ada bagi makluman, sekarang dia di Australia dan untuk perkembangan semasa, doktor akan cakap sendiri kepada dia," katanya.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page