top of page

KBS bakal segarkan kembali program Rakan Muda



Program Rakan Muda yang popular sekitar tahun 1990-an akan diperkasa semula menerusi pelbagai penambahbaikan, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Adam Adli Abdul Halim.


Bercakap selepas merasmikan Program Neon Night Fun Run and Run Walk di Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka, Adam Adli berkata langkah memperkasa program itu bagi memastikan ia dapat memberi impak lebih menyeluruh dan positif kepada golongan belia.


Penambahbaikan itu akan meliputi pembangunan potensi dan pembentukan karakter belia, pembangunan potensi dan semangat kesukarelawanan berdasarkan keperluan mereka serta perkembangan semasa dunia.


"Program Rakan Muda masih berjalan namun kita mahu ia menjadi satu daripada program utama KBS sekali gus kembali menjadi program flagship (kemegahan) kementerian agar dapat mengembalikan semangat asal Rakan Muda.


"Menerusi usaha ini, masyarakat boleh mendapat manfaat terutama belia yang masih bersekolah dan golongan NEET (belia tercicir dari pekerjaan, pendidikan dan latihan formal) seperti mereka yang baharu tamat persekolahan atau mempunyai masa untuk meneroka minat masing-masing," katanya.


Sebagai rekod, program Rakan Muda adalah program pemupukan minat, penggilapan bakat dan penyerlahan potensi diri melibatkan belia berumur 15 hingga 25 tahun yang diperkenalkan kerajaan pada 1994.


Visi pelaksanaan program itu ialah melahirkan belia positif yang berdaya saing, berketrampilan dan bertanggungjawab dalam membina masa depan negara bagi mencapai matlamat Dasar Belia Malaysia.


Mengulas lanjut rancangan itu, Adam yang juga Ketua Angkatan Muda (AMK) KEADILAN berkata usaha memperkasakan program itu akan melibatkan kerjasama pelbagai pihak seperti persatuan belia dan sukan sedia ada di negara ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page