top of page

KBS anjur Pesta Rakan Muda Mudi, jenama semula Rakan Muda



Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menganjurkan program Pesta Rakan Muda Mudi pada Sabtu ini.


Timbalan Menterinya, Adam Adli Abd Halim berkata, program itu bertujuan memperluaskan pengetahuan anak muda mengenai kepelbagaian isu yang mewarnai Malaysia.


Bakal dilangsungkan di Dewan Podium KBS dan kawasan sekitar Menara KBS bermula jam 10 pagi hingga 10 malam, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan antaranya gerai pameran, gerai jualan, tayangan filem, seisi sembang filem, persembahan puisi dan akustik dengan bertemakan Demokrasi Beraksi sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada 16 September ini.


"Edisi Demokrasi Beraksi ini akan mengetengahkan empat elemen iaitu Rakan Demokrasi, Rakan Ekspresi, Rakan Muzik dan Rakan Niaga dengan objektif menyediakan platform kepada generasi muda menyerlahkan bakat dan potensi diri.


"Program ini juga memberi pendedahan dan pemahaman kepada generasi belia mengenai prinsip-prinsip demokrasi, kepentingan sosialisasi politik dan nilai-nilai kenegaraan dengan pendekatan lebih santai dalam memupuk semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara.


"Ia juga bertujuan mempromosi jenama Rakan Muda yang diberi suntikan dan nafas baharu melalui gaya hidup Rakan Demokrasi khususnya gaya hidup lain dengan pengisian program dan aktiviti lebih segar, menarik serta bermanfaat," katanya dipetik.


Sementara itu beliau menyasarkan 2,000 pengunjung akan hadir ke program yang julung kali diadakan itu selain mengharapkan kehadiran penduduk setempat, anak muda termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan pelajar sekolah menghadiri program tersebut.


KBS juga jelasnya berharap pesta ini akan memberikan pendedahan dan membangkitkan semangat patriotik sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page