top of page

KBS alu-alukan persatuan sukan cungkil bakat baharu



Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggalakkan penglibatan mana-mana persatuan sukan menggembleng usaha mencungkil lebih banyak bakat baharu dalam sukan dengan penganjuran pertandingan.


Timbalan Menterinya, Adam Adli Abd Halim berkata membangunkan sukan memerlukan usaha bersama secara berterusan dengan pengalaman membantu kementerian melahirkan atlet pelapis pada masa akan datang.


"Usaha itu boleh dilakukan dengan pelbagai program atau pertandingan bagi mencari bakat baharu.


"Kami di KBS sentiasa komited memajukan sukan terutama dalam melahirkan ramai atlet muda untuk bersiang ke peringkat antarabangsa seterusnya mengharumkan nama negara.


"KBS ada merangka program mencungkil bakat baharu agar ada kesinambungan dan pelapis. Saya percaya dengan kerjasama persatuan sukan, lebih ramai bakat baharu terutama dalam bola sepak seperti R. Kogileswaran dapat dilahirkan," jelas beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu.


Adam sebelumya ditemui pemberita pada majlis penyampaian hadiah kejohanan bola sepak ‘Road to Glory to Real Madrid 2023’ di Stadium Mini Permatang Rawa, di Bukit Mertajam pada Sabtu.


Kogileswaran atau Kogi, 24, yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan kini menyertai kelab Korea Selatan, Chungbuk Cheongju FC selepas dilaporkan mengikat kontrak selama setahun bersama pasukan liga divisyen dua (K2) negara itu.


Mengulas lanjut, Adam Adli berharap bakat-bakat muda dapat mengikut jejak langkah Kogi jika diberi peluang dan tidak hanya memberi tumpuan untuk beraksi di negara sendiri apabila dewasa kelak.


"Apabila mereka balik nanti (pulang ke Malaysia), mungkin mereka boleh menyumbang pula untuk (pembangunan) bola sepak di negeri masing-masing," tambahnya.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page