top of page

KBS akan perhebat kerjsama dengan belia Kelantan - Adam Adli



Kementerian Belia dan Sukan akan memperhebatkan kerjasama dengan Kelantan bagi memastikan golongan belia di negeri itu menikmati manfaat besar dari program diatur kerajaan.


Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli berkata, golongan belia Kelantan akan diberikan perhatian rapi daripada pelbagai aspek, termasuk pembangunan karakter dan jati diri memandangkan potensi mereka dalam pelbagai bidang.

"Ia menjadi titik penting untuk kita bersama-sama berusaha memastikan belia di negara ini sentiasa diperkasa dengan kepelbagaian kemahiran, untuk muncul lebih bertenaga dan berfikiran kritis.


"Oleh itu, saya menyeru seluruh pertubuhan belia khususnya Majlis Gabungan Belia Kelantan, untuk mempergiatkan usaha meningkatkan penyertaan golongan belia di negeri ini dalam organisasi belia," katanya dipetik.


Adam Adli sebelumnya ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2024, di Kota Bharu pada Sabtu.


Hari Belia Negara disambut pada setiap 15 Mei bagi memperkukuhkan potensi modal insan belia sebagai pemacu pembangunan strategik negara dan memperluaskan akses belia kepada inisiatif dilaksanakan Kerajaan Persekutuan.


Langkah itu seiring dengan kerangka Malaysia MADANI serta model Pembangunan Belia MADANI 2030.


"Saya mahu melihat seluruh pertubuhan belia di Kelantan menjadi contoh di peringkat nasional, sebagai kelompok pertubuhan belia yang berupaya berdiri sendiri dan maju sebagai organisasi," tambahnya yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page