top of page

Kawasan Ambalat tidak pernah diserahkan ke Indonesia - AMK Sabah



Kontroversi kononnya kawasan Ambalat yang terletak di sempadan Malaysia - Indonesia telah diserah kepada negara jiran oleh Kerajaan Persekutuan adalah tuduhan tanpa asas yang tidak sepatutnya dilakukan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)Sabah baru baru ini.


Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN Sabah, Zaidi Jatil, ADUN Tungku, Assafal Alian yang membangkitkan isu berkenaan tidak sewajarnya mengulang dakwaan yang telah dijawab oleh Kerajaan Persekutuan berulang kali sebagai isi kandungan perbahasan beliau.


"Ini merupakan satu fitnah dan pembohongan yang jelas dilemparkan kepada Kerajaan Persekutuan termasuk kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Isu ini telah dijelaskan berkali-kali termasuk oleh Perdana Menteri sendiri dan terbaru oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin yang dengan jelas menyebut perjanjian ditandatangani Malaysia dan Indonesia hanya membabitkan laut wilayah dan tidak membabitkan kawasan dinyatakan sebagai Ambalat, atau melebihi 200 batu nautika yang dikatakan sebagai Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).


"Oleh itu, dari mana maklumat seperti yang didakwa Assafal yang menyatakan Ambalat diserahkan kepada kerajaan Indonesia ini?" tanyanya dalam satu kenyataan.


Menurut Zaidi, niat sebenar ADUN Tungku itu juga dipersoalkan kerana sengaja membuat kenyataan mengelirukan DUN dan rakyat Sabah.


Beliau bertanya, apakah Assafal cuba menimbulkan kebencian penduduk Sabah terhadap Kerajaan Persekutuan yang boleh mengganggu gugat keharmonian Malaysia.


"(Dalam isu sempadan) Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam apa sahaja perjanjian, terutama membabitkan sempadan negara kerana ia dibuat berdasarkan Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982.


"Kerajaan perpaduan sentiasa komited melindungi kedaulatan negara.


"Angkatan Muda Keadilan Sabah dalam isu ini akan membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu berhubung kenyataan tidak bertanggungjawab ini," katanya.


AMK Sabah dalam pada itu menuntut Assafal memohon maaf atas tindakan beliau terutama selepas mengeluarkan kenyataan tidak benar yang bakal membakar sentimen anti Persekutuan.


"Jelas tindakan ini akan menimbulkan kegusaran awam di kalangan rakyat Sabah," kata Zaidi lagi.


Baru baru ini, ADUN Tungku menyebut di dalam dewan "baru sahaja berlaku apabila kita membiarkan kerajaan persekutuan membuat keputusan bagi pihak kerajaan negeri Sabah untuk menyerahkan Ambalat ataupun sempadan Ambalat kepada kerajaan Indonesia".


Klip video tersebut kini tular dan menjadi sebahagian bahan serangan pembangkang PN ke atas Kerajaan Perpaduan.


Untuk rekod, Ambalat ialah sebuah blok lautan di Laut Sulawesi. Luasnya kira-kira 15,235 kilometer persegi. Blok laut ini kaya dengan minyak mentah dan gas asli. Bahagian Laut Sulawesi yang dipertikaikan adalah hanya blok 6 dan 7. Perairan Ambalat Selatan, kawasan Indonesia, tidak dipertikaikan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page