top of page

Kawalan sempadan tidak sesuai cara lama - Saifuddin



Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang berusaha menambah baik kaedah kawalan sempadan negara.


Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata taktik kawalan sempadan tidak lagi boleh menggunakan cara lama dengan membina pagar dan pos kawalan semata-mata.


Pihak kementerian jelasnya bercadang menggunapakai teknologi moden selain menambah dron dan anggota keselamatan bagi memperkukuh kawalan di sempadan.


"Kesemua perkara itu penting kerana kita mesti seiring dengan teknologi dan inovasi ketika mengawal negara," katanya.


Beliau bercakap kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di perairan Sungai Golok, Pengkalan Kubor sempena Program Kementerian Dalam Negeri Madani semalam.


Bagaimanapun katanya, hasrat itu memerlukan perancangan melibatkan prosedur dan permohonan Kementerian Kewangan Malaysia.


Sementara itu tambah Saifuddin, elemen penting lain bagi memastikan sempadan berada dalam kawalan yang terbaik ialah hubungan diplomatik kedua-dua negara.


Justeru KDN sedang terlibat dalam memuktamadkan pintu masuk baharu antara Malaysia dan Indonesia susulan pembangunan Nusantara, ibu negara baharu negara itu di Kalimantan Timur.


Ia susulan perbincangan Malaysia dan Indonesia menerusi Perjanjian Lintas Batas (CBA) susulan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

"KDN sekarang ikut terlibat dalam memuktamadkan CBA yang kami harap akan dapat dimuktamadkan.


"Ada tiga komponen iaitu mengenal pasti titik ke titik pintu masuk di sebelah kita (Malaysia) dan sebelah Indonesia, berapa luas kawasan yang akan kita liputi melalui perjanjian itu dan kategori penduduk (berhampiran pintu masuk).


"Dari segi perundingan mengikut jadual, kalau nanti tentatifnya berlaku lawatan rasmi Presiden Indonesia Jokowi (Joko Widodo) ke Malaysia pada tahun ini antara komponen penting adalah menandatangani perjanjian tersebut," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page