top of page

Kawalan harga ayam: PM Ismail buat u-turn, kerajaan tidak cekap rancang polisi - Sim Tze Tzin



Tindakan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat pusingan u dalam isu kawalan harga ayam bulat di pasaran menimbulkan persepsi bahawa kerajan BN - PN tidak cekap dalam merancang polisi.


Menurut Jurucakap Parlimen Pertanian dan Komoditi KEADILAN, Sim Tze Tzin, pusingan U pentadbiran PM Ismail untuk mengenakan semula kawalan harga biar pun dikatakan selepas mendengar rintihan rakyat, hanya menimbulkan ketidaktentuan dalam industri penternakan ayam dan menyukarkan penternak merancang bekalan ayam seterusnya.


"Pada 21 Jun, PM membuat sidang media tergempar mengumumkan penambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM100 untuk keluarga B40. Penambahan ini bertujuan mengatasi kenaikan harga ayam dan telur susulan pemansuhan harga kawalan pada 1 Julai 2022.


"Rakyat sudah tentu berasa marah kerana tambahan RM100 itu jika dibahagikan 6 bulan, setiap keluarga hanya mendapat tambahan RM16.67 sebulan. Cukup untuk membeli setengah ekor ayam sahaja.


"Kemarahan rakyat itu menyebabkan kerajaan mungkin "chicken out" (takut) dalam masalah chicken (ayam) ini.


"Maka, kurang daripada 72 jam, PM cepat-cepat mengumumkan u-turn dan meneruskan kawalan harga," katanya dalam satu kenyataan.


Pusingan u juga, kata Ahli Parlimen Bayan Baru itu, menimbulkan keraguan terhadap mentaliti para menteri dan timbalan menteri Kerajaan Persekutuan yang berjumlah 69 orang itu sama ada mereka memahami tugas pentadbiran atau pun tidak.


"Kenapa tidak seorang pun memahami secara mendalam punca kenaikan harga ayam?


"Majlis Tidakan Kos Sara Hidup (NACCOL) dipengerusikan oleh PM sendiri dan dianggotai oleh Menteri hebat-hebat daripada BN, PN, GPS dan GRS. Takkanlah mereka tak berupaya mencari jalan penyelesaian yang tuntas?


"U-turn itu hanya menyebabkan keyakinan rakyat, industri ternakan dan pasaran terjejas," kata Sim.


Menurutnya, dengan segala drama politik 'tarik kawalan beri tambahan BKM' tersebut, rakyat dan sektor ekonomi mempunyai kekhuatiran mendalam bahawa pentadbiran PM Ismail Sabri tidak mempunyai dasar yang jelas berkenaan kawalan harga dan subsidi.


"Rakyat tidak yakin bila harga ayam akan naik. Penternak tidak yakin bila subsidi akan dihentikan atau diteruskan.


"Pasaran tidak menentu kerana dasar kerajaan sering berubah-ubah. Hari ini sektor ayam, esok sektor mana pula?" katanya lagi.


Semalam, PM Ismail sabri mengumumkan harga ayam tidak akan diapungkan pada 1 Julai ini dan harga siling kawalan baharu akan diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Dr Roland Kiandee dalam masa terdekat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page